Tuesday 14 December 2010

hello ;)

salam semua
dari hari ke hari saya nak update blog ni.
tapi asal mula je menaip sy save di draft.
macam malas nk publish.

tak seteruja dulu untuk update.
sebab dah x de cerita2 di york
sekarang saya masih bercuti dirumah.
serakarang kan cuti sekolah akhir tahun.
jadi saya sebagai bakal guru ni pon bercuti lah sama.

masa2 cuti ni saya habiskan masa bersama keluarga, adik beradik.
sebab masa duduk dkt york dlu masa x banyak kan.
adala bercuti sikit2.

selain dari tu sibuk dengan persiapan menjelang hari kebahagiaan saya.
oppss..
tapi bukan saya yang nk kawin.
kakak sy da..
insyaAllah 25dec 2010 ni.
alhamdulillah. so far so good persiapannya.
saya yang excited lebih.

saya rasa blog ni dah x berapa releven.
sebab cerita2 di york dah habes pon.
byk je lagi cerita.
tapi sy mls nk update.
so sy bercadang nk melabuhkan lah tirai 'beauty york lovely malaysia ni.'
aci x?
hehe.
byk benda dalam kepala nk ditulis.
tapi mungkin sy akan buka blog baru la kot.
cerita diari seorang pendidik ke kan.heh!
tgklah mcm mana

terima kasih kepada yg sudi jenguk2.
tengoklah ada gambar 2 saya semasa lawatan kelas pendidikan alam sekitar.
enjoy :)









all photos credit to azira azman

Sunday 22 August 2010

kpli update

dah 2 weeks kita puasa.
dah 2 weeks jugak aku di penang buat kpli
life as kpli student is so hetic.
7 am keluar rumah then 7 am baru balik.
penat tak terhingga.
we need to cover all the syllabus given.
plus we late for about 5 weeks.
sebab balik lambat. tugggu convo
usually kpli intake will be in Jun.
but we went august.
so lecturer byk nk kena kejar.
plus byk plak cuti2 raya dan cuti sekolah n so on.

the lesson is interesting.
but sometimes when it somes to theory part sangat mengantuk thp dewa la.
but, most of the lecturer here is sangat2 berpengalaman.
mostly dah agak berusia.
so many experience and mostly kelakar.
so best lah. byk pengalaman yg dikongsi.

kitrg bukan belajar je tapi ada kokurikulum jgk.
so ptg jadual smpi pkl 7.
balik pengsan....

gambar tak de. blm bernafsu bergambar di maktab. daa

Tuesday 3 August 2010

hello

lama nya tak update blog ni.
rindu pun ada.
tapi biasalah.
life di Malaysia.
banya komitmen.
facebook pon ta sempat nk bukak.
apatah lg blog.

9hb ogos ni aku akan register di institiute perguruan persukutuan PP.
belajar lagi another year.
tak pe lah. dip in education.
still in scholarship.
almahdulillah.

will update about KPLI course bila ada masa.
daa

Thursday 8 July 2010

quick update

alhamdulilah
aku dah tamat ijazah sarjana muda sains matematik dengan jayanya.
syukur.
syukur.
syukur.

I've been busy lately sebab melayan my family.
all of them are here except for atin.

We've been travelling to scotland(edinburgh), lake district, liverpool and area surrounding..
seronok sebab travel by car by our own schedule.

graduation will be on the 14th of July.
and i will be back to malaysia week after that.

this blog akan ber hibernate selama berapa lama tak tau lah!
hehe.

see you 'soon'...


Saturday 26 June 2010

what i dont like about ......

sorry for the previous boring entry.
now i am still in the packing phase time.

today I am going to write apa yang saya tak suka mengenai England.
warning: this is just purely on my opinion. so x payah la nak argue atau ragu2 okay. ni apa yang AKU rasa.

1) Bank systems. Malaysia is much better.

-We need to wait for months to set up a new account. wait for months to get our bank card and so on.
-online banking is not connected with the Bank.
-any transaction which related to online cannot be settled in Bank. Need to call and talk to operator. leceh gila. sometimes they dont understand my Pengkalan Hulu accent. pening. and sometimes i dont understand their kampung sheffield accent , kampung newcastle accent or apa2 kampung lah .
semua kena call. dahla tak free. charge mahal plak tu. hais.
yang bestnye sebab student pon sng dpt credit card

2) Health system. apa2 semua kena appoinment. elok sakit dah sihat dah la. baru nk dpt jumpa doctor. kalau kt Msia klinik bersepah2. demam ke sakit apa ke blh trs je walk in. dan2 tu jgk dpt jumpa Doc. kat sini leceh. dahla satu daerah kecil tu ada satu je walk in health centre. unless emergency. So selalunya kt sini kalau sakit tu harapan la nk p klinik. melainkan tahap extreme baru nk pergi.

3) ni kena tulis in Malay. sesetengah( read kebanyakan) drpd mereka ada lah racist. depan mmg baik. tapi sebenarnya belakang kutuk kaw2 org2 berkulit tak sama ngn dorg. (ni kawan2 aku yang baik ngn matsaleh la bgtau)
and mengikut pengalaman sendiri jugak
dan penceritaan pengalaman lanlady kitrg yang org indonesia yg dalam lebih belas2 thn tgal kt sini.

4) extreme weather. sejuk dia xyah ckp la. meusuk tulang. mmg tak selesa. dalam rumah pon kena pakai berlapis2. kalau panas kering sangat la plak.

5) orang tua2 ditinggalkan. kebanyakan tak jaga parents. sbb tu org tua kt sini independent. bukan saja2 nak independent. sebab anak dorg tak jaga. menurut cerita org local yang sempat aku bersembang di hentian bas, dalam bas, cerita jiran tetangga dan pemerhatian jugak.

6) their government suap byk sgt kebajikan. luaran mmg nampak bagus. jangka masa pendek bgs. tapi jangka masa pnjang hancur. bila ekonomi dorg jatuh( macam skrg) semua menggelupur. dah biasa sgt semua dibantu. kebajikan tak sama rata.

- kebajikan di bagi lebih2 pada ibu tunggal. ibu tunggal dapat mcm insentif. perbelanjaan anak semua ditanggung. wpon ibu tu dah kawin ngn org lain, insentif tu ttp berjalan. kalau tak silap siap dapat kt suami baru lagi. its not fair. maka ramai la orang yang tak kawin dan beranak sesuka hati sebab nk declare ibu tunggal.. pastu cari boyfriend baru. bf pn suka la sebab dapat duit. bersepah2 very young lady yang dok tolak stroller kt city. tanpa suami.
bg pendapat aku, bukan tak blh tlg. tapi berpadalah. xpyhla suami baru pn nk bagi. what the heck kan. ibu2 muda yang malas sekolah dah hanya tau bersosial pergi shopping di primark , or any shop. xpayah susah kerja sebab ckp bulan dapat duit.

- golongan2 yg kerja sendiri tak dpt byk insentif. its not fair. mereka membanting tulang cari rezeki tapi tak dpt apa2 insentif. contohnya tukang kayu, mekanik dan sbg.
aku sering denga keluhan landlord.dia mcm nk give up kerja. bayar tax mahal . tapi tak dpt apa2 insentif sebab kerja sendiri. nak compare ngn ibu tunggal berpoyaan bersama bf, mmgla dia sakit hati kan.

- pada aku welfare mmg patut diberi secukupnya di England ni. sebab?
bayar tax mahal giler kot. council tax lagi, income tax lg, road tax lg. dan macam2 tak. dahla tax dia mmg tinggi gila kot. my friend yg kerja kt sini told me yang dia dpt 55% ja dari gaji dia. sebab yang lain dah bayar tak. mmg la kerajaan dia kena bg welfare. seolah2 mcm bayar balik la kan.
I think malaysia income tax takde lah semahal tu.

- pernah bersembang dgn pemandu taxi kt London. He is british. Gaji dia ckp2 je setiap bulan. sebab bayar tax and sewa rumah mahal. dia kata kalau bwk taxi lama2 pn buat apa. buat penat je. sebab nnt lagi tinggi gaji lagi tinggi tax.

ok.fine some might think of gaji kt msia tak byk or what ever. tu cerita lain. kena bukak lain entry. tak payah nk pening2 kaitkan dgn benda lain. ni just nk ckp tax kt sini tinggi.

kebaikan dia mmg la byk jugak. tp kena tulis di lain entry la ye.

setakat ni tu je ingat.


nanti bersambung.kalau rajin. hehe.daa




Thursday 24 June 2010

lost and found


sekarang ni aku dalam fasa mengorek dan mengemas. atau dalam bahasa sopannya is packing time.hehe.

only one month left nak balik. so ni entry yg sangat random saje gedik2 k.

list of brg2 yang aku jumpa bila aku korek2 dan jumpa di merata2 d a few places dalam bilik aku je! (i wish blh terjumpa duit kertas ;p)

p/s: aku ni konon2 nk jadi organise la. (sebab mmg tak organise) maka suka la bli kotak2 kecik supaya blh department kan brg and blh simpan elok2 dalam kotak supaya nampak tersusun.tapi selalu end up cari brg tak jumpa!haha






pen!
mana2 tempat ada pen. asik usong kesana kemari. dalam setiap jenis beg, dalam setiap laci, dalam poket jaket, dalam poket seluar dan merata2. bila kumpul2 adoyai. melambak2! bukan dalam gamba ni je. yang lain2 dah pack msk kotak. nnnt blh guna masa KPLI.tak baik membazir.


tube map!
each time pgi London kutip mende ni . maka bila kemas beg ada je teselit. ada jugak dalam kotak yang konon2 nya nk simpan then next time pergi blh bwk. tapi hagham. mesti terlupa. ni byk lagi.tapi dah selamat masuk tong recycle.



resit!
ni kalau nk tunjuk semua menggunung! byk gila! kemas2 paper bag shopping byk je resit ni. belum campor2 yang mmg simpan kumpul letak setempat. dalam kotak2 or case2 yang konon2nya nk simpan.



tisu ni suka duduk di laci2 or dalam each beg sekolah and beg handbag. kutip2 kumpul byk jgk tisu aku..hais..



nail clipper!
ni yang paling tak leh blah. asek lempar merata. pastu nk ketip kuku cari tak jumpa. frust nak cari end up bli baru sbb rimas kuku panjang. maka bila kemas2 jumpa la 4!phew...


oyster card!
bila p london asik lupa nk bawak or assume hilang. asyik beli jela. maka bila korek2 jumpa dalam each handbag! haha.oyster ni guna utk naik tube di london. beli kad ni pastu topup2 je. macam kt touch n go la.


adik beradik CD

byk lagi CD/DVD/ ni. tp dah masuk kotak packing. byk giler. ni kes tak label. tak tau yg mana dah guna yang mana belum. end up beli baruuuu

coins!
nanti nak pergi tuka dekat machine tukar coins dekat supermarket.


memory card.
hilang.beli.hilang.beli.
or
kdg2 bila pergi jalan2 tertinggal memory card dkt laptop.so bukak2 camera tgk no memory card.tak ke frust tu.so,
tertinggal.beli.tertinggal.beli.
ada lagi 2 tak jumpa. huhu..nnt i korek2 lagi k

haha. random gila kan. sorilah kalau bosan.
itu saja
tata

Wednesday 23 June 2010

York carnival

lama dah tak update kan. exams dah habis. tapi macam malas.hehe.
godek2 gamba ada plak gamba masa york carnival. layan jelah k.
banyak event. so kena tgk pamphlet utk tgk veneue and pilih2.







masa ni right after habis exams haritu. So saja jalan2 keluar city. ingat nak keluar awal sebab ada parade and a few other activities like face painting, pillow wrestling and byk lagi. tapi sebab hujan so keluar lambat.

since azira n nana belum habis exam so aku keluar dgn the juniors 4 org. sapura, ana, fatin n ekin. Di city terjumpa abg Kamal.

York carnival ni organised by Univ of York Student. But most of community involve. ada student from school, ada univ student, ada org local council and ramai lagi.

macam2 aktivity melibatkan semua age. but yang sebelah petang more to youth .
tema this year is Goes wild kot. lebih kurang gitulah. ala2 jungle la konon2.
since hujan tak ramai org datang pon.tema wild pon mcm tak menjadi sgt je.



ada a few perfomances. layan jelah. mostly dance.

pole dance.

menari apatah. tak sure. tapi dia hentak2 kasut dia bg ada bunyi.sambil ada org nyanyi.


scottish dance



cheerleader yang tak seberapa.huhu.



light2 je carnival ni. pastu adala concert2 and byk lagi event.kitorg tak pegi semua pon. sebab macam nk hujan balik and dah rasa sejuk2 so balik la.





Wednesday 9 June 2010

school part 5

1) Di England, hanya 1 guru akan mengajar 1 kelas. Meaning, setiap guru perlu menguasai each subjek. So cikgu tu memang sangat2 menjaga la anak murid dia. kira macam anak dia la kan.
Sebab kelas tu je dia jaga.

2) Di sekolah manners atau adab sangat ditekankan dalam kelas. contoh do not talk when somebody talk. kalau ada org ckp mmg kna marah sgt. diajar cakap terima kasih. sorry etc.

3)Mereka diajar untuk angkat tangan kalau guru tanya soalan. Itu mungkin biasa. Yang mengagumkan saya ialah, kebanyakan murid excited nk jwb semua soalan. I've been to reception(tadika) and year 3/4 classes. sikap berebut nak jawab soalan tu ada pada both peringkat.

4) the kids ni yang kecik2 sangat suci la kan. dorg layan kita macam sama je. tapi kalau yg da besar2 ni macam pandang 'slack' jugak la..or pandang serong.mungkin pelik tgk kita lain kulit or pakai tudung or what so ever. tapi kalau yg kecik2 tu sangat2 peramah.tanya macam2. refer this entry pasal soalan2 pelik.

5) dari sekolah lagi mereka diajar utk jimat kertas. recycle kertas conteng. A4 paper tu kalau tak guna lagi letak dekat kotak paper. jangan buang.

6) ada masa 'tidy up'..so that kelas sentiasa la kemas dan bersih.sorang kids akan ditugaskan pegang jam loceng. masa kemas 5minit. so semua kena la kutip2 kertas2 berterabur or apa2 sampah sebelum keluar rehat.

7)ada break time 15minutes for each 2hours. break time boleh pegi main lari2 dekat luar.main la kejar2 or apa2 yg suka dekat lapangan. ckgu akan keluar lepak sekali. so murid tak tepu belajar kan.

8)Guru memang sangat kenal each parents. sebab dia mmg jaga 1 kelas je kan. so senang la nk igt n kenal.

9) murid2 tak perlu bawa any stationaries ke sekolah. semua disediakan. magic colour, pencil, water colour or and segala mak nenek la. setiap kelas mmg da ada sedia. so tak payah la mak ayah nk beli or budak2 berlawan2 size kotak kaler luna sape lagi besar di sekolah kan.

10) setiap darjah ada 1 assistant teacher. so kerja2 admin takde la cikgu yg buat. kerja2 potong kertas, tebuk lubang, fotostat kertas dan sbg akan dibuat oleh assistant teacher. so cikgu blh focus mengajar je. (so 1 assistant teacher tu ada pegang 3 kelas camtu la)

bersambung.....












Monday 7 June 2010

cikgu best(school part 4)


Finally, i have done my placement.
Really miss the kids.
They are so lovely.

Even though i was busy with my exams and projects,
i still managed to finish up to the end.
Alhamdulillah.

They are a few lessons that i have learnt.
especially from the teacher Mrs Smith.

She is so adorable.
I really2 adore how she handle the class and the kids
She can be so friendly with the kids and she can be so strict as well.
Out of class, during recess the kids can pull her cloth or cuit-cuit or main main with her sesuka hati. But in class she is on her rule.
Mrs smith is always energetic. Her face expression is always exciting. The way she speaks, she explains, is very full of enthusiasm. That's what i adore most. Even when she talks to me, it is full of expressions.

She always teach her student manners. They have to be polite. Whenever they want to ask question they have to put up their hands, cant talk loudly etc.

thats all for now.

see u in the next entry....



Friday 4 June 2010

done

Before the exams, i have super a lot to write.
But now, i am clueless.
still blurr
super tired.

basically i'm done now
one presentation left on the 17June.
2 weeks more.

I really hope i do have mood to write the experiences that i've got here.
Thinking to write a lot.
Harap2 rajin menulis.
If not, nanti dah balik Msia harapan...

Sunday 23 May 2010

after exams planner

gambar yang dicuri untuk hiasan

ok.ni planner selepas habis exam.
main thing
1)packing
2)last shoppping
3) check on the bills etc


group planner
1)BBQ with our dearest kakak's family.(oh i'm going to miss them.espc the kids. surely)
2)makan2 with the juniors.(going to miss them too.ada hutang kek choc and behung)
3)visit a few close kakak(a few is not so many here.hehe)
4)kelas memasak dgn abg jess.daging filipino recipe.hrp dia igt lagi.
5)kelas mewarna dengan kak ayu
6)cheese cake class with our landlady embak nany
7)tea outing or just makan2 with final year gang
8) tak ingat dah.




psstt
my birthday is coming soon. i want to make a wishlist here.

1)BMW 1series.
2)mini cooper
3)polo volkswagen
4)new canggih camera
5)new laptop

Oh. I know all of the above is just merepeking. Now i realise. penat pikir nak buat wish list apa. as for now i dont need anything. What i need is just my loves family, bf and money..hahahahaha....sebab belum pikir nak hadiah apa.so i want money. I can buy later...hahahahahha...

ok.dah.melampau gelak.tapi part2 shahdu tu i ikhlas k. dont want to elaborate much. daaaa





Friday 21 May 2010

merepek lagi.

random picture of me gediking with abah.Yes sometimes uncle Manas is hegeh too..hahaha

random picture during padang family visit with all family members.

tak sabar nak tunggu exams habis.
tak sabar nak packing.
tak taulah kenapa.
bukanlah nak balik sangat.
takut rindu jugak nak tinggal kan york ni.
tapi dalam masa yang sama tak saba juga nak balik.
yang takut cuma tak tahan kepanasan.
hehe.rasa nak tampar tak?

sebenarnya tak sabar nak packing sebab rasa macam serabut.
nak kemas bilik ni elok2 sangat pon rasa tak worth sebab da nk balik.
so better kemas masuk kotak je kan.
tak de la dua tiga kali nak buat kerja

tapi still x boleh nak kemas sebab hati tak sedap nak exam
ada 4 papers.
tapi mcm banyak nye nk cover.
ntah la.rasa mcm nak give up pn ada jugak.
sebab sepanjang exam dari 1st year tak pernah main2.
memang study bersungguh2.
tapi still tak dapat nak tackle cara soalan tu.
still tak dapat score dengan jayanya.
so final ni nak cuba cari cara tackle soalan.
tak nak berhempas pulas sgt.
in the end tak reti nak jawab.
sekarang ni aku cuba spot soalan.
then buat btol2 that soalan sampai ingat.
tak taulah berjaya ke tak.
dah last dah pon.
i'm not going to get 1st class for sure.
let be realistic here.
my average is not so good.
so now I dont really target to be so that excellence.
I really really hope that i can answer better than before.
so that my average will be a little bit cantik or else maintain.
not further down!
hopefully.

nanti lepas habis exams aku ada sebulan untuk buat apa yang aku nak buat before balik msia for good.
yes. it is. aku da nak balik for good. This July. My graduation will be mid July.
My family will be here early July.
we are going to jalan2 lagi.
jalan jeless ok.
hehe


dalam masa sebulan sebelum family sampai kitorg(my and my very2 close frens here)
dah susun planner.takut kang tak tercapai benda nak buat.nanti akan buat next entry.



ok now why am i writing all of these nonsense?
study lah!

actually sebab tgh menstrual cramps...sakit lah...tak blh nk study.
guling2 habis dah.
terasa sangat2 nak merepek.
nanti dah balik malaysia aku mesti tak rajin tulis dah nye
oh hopefully i will.
tolong sound i kalau i malas k.
shout je kt tepi2 tu.
mesti i buat2 rajin kejap.


SPF vs PNT

Instead of study maths now i do a lot of research on all of my medicine that i have been prescribed, or any kind of medicine that i curious how they work, the side effect etc...Same goes to beauty product. I am so keen to research about this. I am not just click on the price bla bla bla but also do want to know the information or the science behind them. Even though i dont understand some of the term, but i really take an effort to search and find the meaning of that word. So good of me right? huh! I should take pharmacy course then. hais....What can't I do this on my math lesson for the last 2 ++ years? I must be excellence than if i do that.

Get back to the right track Maisarah!!
You only have `10 days left to end your mathematics world....well..not really.. but the most hardest part almost done!

stop stop stop browsing. They are not going to ask u what is gastro resistant, which Sun Protection Factor SPF is the best? how SPF cream work? diprobase vs aqueous etc....

Please read verify euler identity..what is Lagrange theorem? Give Prime Number Theorem (PNT) bla bla bla. bla bla bla..

ok. Now i'm done merepeking!

Thursday 13 May 2010

habis dah.

THE END

"kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau ilhamkan bahagia
sehingga ku terasa indah."

-OST drama ADAMAYA-

baru lepas habis tgk episod akhir adamaya.
maka angau seketika.
tak puaslah. ending 4 minit je yg bahagia.
kasi la 7minit.haha.

bengkak2 mata ni cmna nk p jumpa supervisor lg sejam ni.
touch up2 skit..haha..

komen utk drama ni: berjaya la membuat aku tertunggu hari2 utk tgk. tgk masa lunch sorg2. dah habis pon. pasni lunch nk tgk apa plk?

isnin ni submit project.
hopefully dapat la markah tinggi banyak.
doakan~


Tuesday 11 May 2010

sesak!

Sekarang sudah sampai masa kemuncak.
kepala sesak sekarang.
aku ada 4 papers exam. 4 hari berturut2.

1 June -- Galois Theory
2 June--Numerical Analysis and Computing 2
3 June--no exam.need to settle on poster.
4 June-- Special functions
--Number Theory.

gila tak? I bet non of u ada paper exam gila macam ni. Banyak kot nak cover. Dahla nk kena siapkan project lagi. nk buat poster utk present lagi. semput!

Tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk aku menghadapi final exams.
Itu akan menjadi exam terkahir aku sebagai undergrad student.
Dalam masa yang sama aku ada banya benda nak kena pikir.

The lists go on and on and on....
But bila buat checklist, rasa lega sikit, walaupon lagi serabut sebab lagi nampak banyak nak kena buat.
Tapi at least bila dah potong2 checklist tu lega la skit kan.

project draft correction---in progress 16.05 submit
project poster----- zero progress 01.06 print
prepare presentation----zero progress 18.06 present
check on shipping barang balik and kereta----in progress (need to pay deposit)
check on DVLA about roadtax july----zero
stop direct debit tesco car insurance----zero
stop direct debit o2 phone contract----checked
stop carphone warehouse insurance----DONE
book hotel, train, itenerary about family visit this July----DONE
check visit place----in progress
email sponsor regarding July allowance----zero
close account----do 2 weeks before balik

setakat ni tu je ingat..list packing and benda nak kena buat lepas exams nanti pikir..

rasa macam nak buat list things to buy jugak.
boleh buat birthday wishlist utk diri sendiri.
huhu.


Sunday 9 May 2010

Doa buat mama

Doa buat mama(Hajah Noriha bt Ahmad)

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kau ampunilah dosa2 mama; dosa kecil, dosa besar, dosa sengaja, dan dosa tak disengajakan.
Ya Allah kau berkatilah usia mama.
Ya Allah kau berilah kekuatan untuk mama menghadapi segala dugaan yang diberi.
Ya Alah kau berikanlah kesihatan yang terbaik untuk mama, murah kan lah rezeki mama,
Ya Allah kau masuk kan lah mama ke dalam syurga di kalangan orang2 yg beriman.
Ya Allah kau lindungilah mama dari sebarang malapetaka.sesungguhnya aku amat menyayangi mama ya Allah. Berilah yang terbaik untuk mama ya Allah.
Amin amin ya Rabbal alamin.

selamat hari ibu mama.
I love u so much.
08.05.2010.
york UK

Friday 7 May 2010

happy birthday

Happy 23rd birthday nana!
04052010


Old siam restaurant
suprise birthday dinner
05052010

homemade cheesecake



Morrison english breakfast on (last)Sunday after carboot'ing'

Tuesday 20 April 2010

stress killing

sudah lama tak buat entry shopping bagai..
i malu la nk show off bagai..
tapi this time rasa best.
terasa release..huhu..

ok.
mari buat bajet.....
oh tidak itu menambah stress..



ini weekend minggu lepas..sudah upload gamba. tapi malas mahu menulis....ini acara membunuh stress...banyak kerja woo...fenin2 woo...bila berjalan2 keluar terasa otot2 otak longgar...sel2 berkembang...wah gitu...kembang je rasa semua2...haha...tatau mau describe...

cermin mata murah baru..huhu...sudah lama tak tempek muka aku...hah! itu the latest...tengah demam tu..tapi gagah gak...

semua selebet sebab pkl 9 dah keluar...huhu....and santai2 sajo...

Nah! hasil!..huhu....ini bukan aku sorang.... aku mencari spring and summer kasut...tapi teda yang sesuwai kt kaki i...kaki i cacat skit...i need 4 and half la...tp susah nak dpt la....


itu yoes beli kedai cina..azira teringin..

more specific ini hasil ku..huahuahua...terasa sangat therapy...tatau kenapa...

jeles sama budak 2 orang tu dapat ksut menepati citarasa masing2..i x ada...huhu..dah kenan da..tp size x kena la...

tapi...i already got my own lah!!.on different day...mau tunjuk ke?tak payah la..malu i...huahuahua...

jangan marah naa i show off skit...da lama x buat entry shopping...stress maa..




tapi excited dapat kasut baru suda...lalallalalla~

Friday 16 April 2010

merepek

1 week left for me to submit my first draft of my project.

dalam tengah tengah kritikal ni plak dah 2 weeks aku demam ON n OFF

sekejap baik sekajap datang.batuk selesema etc.

hais...kalau kepala dah berat mintak maaf la..aku memang lebih selesa tak buat kerja.
MALAS.plus xde idea.and x larat.hopefully boleh fully recover secepat mungkin.

aku ni susah nak kena demam2 ni.setahun mungkin sekali je.tapi mungkin sekarang ni jadual tak menentu.tido lambat.bangun pon lambat.

bukan apa.sekarang subuh pukul 4am..and sunrise pukul 6am..so mmg susah nak bgn kalau tido pukul 2am+ then nak bgn suboh plak.so kadang2 i choose to tunggu solat subuh baru tidor.
kalau tak nanti aku berperang nak bangun subuh sampai sakit2 kepala aku dibuatnya sebab berlawan dengan diri sendiri.or mungkin syaitan.kadang aku rasa macam aku solat dalam tido.lepas tu i told myself yang aku dah solat.padahal mmg belum.mmg kepala berlawan.siapa yang menang?depends.kalau aku menang mmg aku bernasib baik.kurus la syaitan haritu agaknya.kadang2 aku tewas jugak.bangun je sakit kepala.mungkin ade orang lain jugak yang berpengalman sama macam aku.ke sedap je lena tak rasa apa2 ...hehe...

ok.back to my project.

basically aku dah almost siap dah project tu.tapi cuma belum mula type lagi.
type nye bukan pakai words.pakai LATEX.software mathematics.kena tahulah coding2 cara menulisnya.tu dah satu hal kan.mmg merangkak jugak aku.kalau ikut nak mula harini.tapi masih mencari mood.menurut kak ayu.bakal Dr tak lama lagi."menulis blog dapat mengurangkan stress"..hmm...hopefully after this kepala ringan sikit.

tata...







Thursday 8 April 2010

name and dad

first scene:

budak2 kat school tu ade 30 org 1 kelas.so aku handle 2 kelas.ade 60 orang.memang la susah aku nak ingat nama kan.aku memang try hard nak hafal semua.slowly la kan.

so everytime ada session dengan dorang aku akan tanya la nama dia.
lebih mesra kan kalau kita panggil nama dia

pastu duduk la kt meja bulat kecik tu.
budak2 tu melukis je.

me:what is your name dear?i'm so sorry i forgot this time.

kid: you are like my nanny...always forgot people's name..sometimes she even forgot her name!

hahahaha...ciss punye budak...


ok now second scene:

ni cite pasal lain pulak.ada sorang budak ni.dengan tetiba je datang kt aku.

kid:miss sarah.my dad has a big muscle!

(pelik tetiba je budak ni.tapi layan kan jela..katenye budak.)

me:wow.....

pastu titeba..

the same kid:i like red.and my dad likes pink!!

me:(dalam hati) hak eleh...gile big muscle minat pink..hahahaha...sangat lawak....rasa nak teguling...tapi cover...

banyak lagi scene.tapi cukopla ni je dlu..


common questions from those kids.(school part 3)

nila soalan2 yang selalu ditanya budak2 kt sekolah tempat aku placement tu.budak2 tu kecik lagi.baru 5 to 6 years.

where are you from?

where is Malaysia?

Do you live in house like us?or do u live in caravan?

How do you come here?

owh i know.you are chinese

can u speak chinese?

are u from china?

(sebab bagi budak2 kecik ni asal muka asia je china la kot.sebab york ni ramai chinese china)

DO YOU HAVE EAR???

owh,u have hair?!!
(sebab rambut aku terkeluar dari anak cekup)

why dont u take out your scarf?

why do u wear scarf?

can i see your hair?



pastu semua kerumun belakang aku selak2 kendap2 nk tgk rambut aku dari belakang..aku elak2 manja jela..sebab budak2 tu kecik lagi.baru 5 years.so aku nak tunjuk yang aku pakai tudung ni ada sebab.bukan sebab botak!haha..

susah oo nak jawab soalan budak umor 5 n 6 tahun ni..
kita kena pandai tackle soalan2 mereka.
i take it as very very valuable experience.

oh...penat melayan budak2 ni...but i had fun!




Monday 5 April 2010

kids concert(school part 2)

p/s:
saya suka kalau ada orang pujuk2 saya menulis ni.sebab saya memang cepat cair.hehe
nah saya bagi kamu semua satu entry yang sudah berkepam.
dah lama dah upload gambar.tapi malas menulis.huhu.

seperti di entri2 sebelum,saya ada bagitau kan yang saya akan ke sekolah semiggu sekali.
sama ada rabu pagi atau rabu petang.dulu saya sangat bersemangat bangun pagi utk ke sesi pagi.tapi semangat saya luntur. sebab di sebelah malamnya saya sibuk membuat projek saya.jadi malaslah bangun pagi.(chewah alasan).

kalau sesi petang.dari pukul 1 sampai pkl 3.30 ptg.kalau sesi pagi dari pkl 8 sampai pkl 12pm..

kalau sesi pagi pkl 7.30 saya da kena pergi berjalan ke bus stand.ok.cukup merepek.(lepas gian merepek la ni)





sekarang ni cuti easter break.2 minggu la saya x kesekolah.rabu lepas lepas,saya pergi sesi petang.nasib baik saya mls masa tu nak pergi sesi petang.sebabnya,petang tu ada concert!
macam best je.memang bes pon.semua budak sekolah dan cikgu dan makcik2 kena berkumpul didewan untuk dengar pelajar2 buat persembahan music.mereka ni belajar masa waktu berkelab.jadi setiap hujung term saya rasa mereka perform la.

tapi kan rugi betullah sebab saya x bawak camera saya.maka camera cabuk blackberry saya ni jela yang dapat saya teropong untuk tatapan kamu semua.


ini adalah koir..mereka nyayi lagu apatah.tak ingat.tapi sedap.dan yang jadi konduktor tu adalah guru besar mereka.bagus kan guru besar mereka.mereka2 ni kelab koir saya rasa.


pastu pulak gamba di atas adalah persembahan kemuncak.saya malas nak drag gamba ni turun bawah.kasi chan la k...ini adalah band.band ni untuk budak year 6 sahaja.kira mcm utk budak besar la.mereka main guitar,ada lead singer,ada orang main drum,and ada la lagi peralatan yang saya x reti nak sebut.ala.macam band yang kita selalu tengok tula.cute kan.dala sedap.bukan nyayi lagu sekolah tau.lagu apa xtau.macam miley cyrus je.yang besnye.cikgu dia pon main sama.so nampak macam group work yang sangat best.nampak tak ke tepi yang macam orang tua sikit tu kan.


pastu ni main gitar versi budak kecik sikit.main comel2 jela.macam basic.tapi tetap comel.music club mereka ni.


violin juga.

ni persembahan pembukaan.main trompet.bagi saya sangat unik.guru besar yang perempuan pon ada tersorok kt belakang main trompet.pastu ada 2 org cikgu lagi main bersama.sorang main ketuk2 tamborin kot tu..

saya suka.guru2 pon turut sama terlibat.barula anak murid semangat kan.

pastu lagi satu saya tengok guru besar dia sangat2 terlibat dalam semua benda.nampak macam dia tahu semua benda.masa saya nk mula masuk sekokah tu buat placement pon guru besar yang tunjuk dan atur semua.selalunya guru besar ni bukan nak amik port sangat kan menda2 camni kalau kt negara saya.semua nak pas kat mana2 cikgu kan.kalau setakat benda yang nampak remeh tp sebenar tak remeh guru besar tak terlibat sangat.setakat bagi hadiah je masa penyampaian hadiah.tapi tahap kewibawaan guru besar sekolah dringhouse ni saya sangat kagum.sampai join main trompet lagi tu...

okeh.sampai disini dulu coretan untuk kali ini.lepas ni bila lagi nak menulis?
tnguu...huhu

Saturday 3 April 2010

little update

saya memang banyak benda nak cerita.
tapi saya sangat tiada mood untuk menulis.
cerita2 saya pon sudah makin basi
hais~

Monday 22 March 2010

live from stockholm

hi all.

now i am in Stockholm sweden with atin my sister and 3 of my friends

weeee.....

dah 3 days here.esok nk balik da...



the first day was awesome..sunny...
we went to the old city.it was awesome...so antique and unique..
i like the small shops..small streets...
best la...but no shoping obvoiusly..semua pon mahal....

second day was snowing!
not so productive..
we went to malaysia restaurant here.
so kelakar.rasa nk bakar that restaurant.
kotiau pon keras macam lidi.dala 12pound..
gelak je all the time in the shop.menunggu next dish.
pastu jalan2 je meredah snow.

arini plan to go to museum and the biggest IKEA ever.
do u know IKEA is from sweden.
x sabar nk tgk

got to go.
daa

Sunday 14 March 2010

england kids school.

wednesday will be PE class..PJ class la..tp according to one of the teacher,one of the teacher is not there.so they cant do the PE..so today will be just playing around class.

class ni divide to a few sections..x hafal la plak semua.tapi ada bulding section,colouring,maths,etc...each section tu ada la mainan dorg...dorang kena gilir2...
tuka2 section..tp mainan dorg lengkap la..colour pencil,pencil.paper,play doh,lego..
macam2 la..budak2 dtg sekolah bwk diri je..ngn buku laporan..

every morning cikgu kena check buku laporan dorg..dalam buku tu parents dorg akan tulis apa2 tentang progress anak dia about reading..sebab every day dorg kena bwk balik 1 story book utk baca kt rumah....kalau x habis baca xpe..nnt esok smbg lg...tu la penting mak dorg kena komen dlm buku tu....menarik bg aku....

dalam kelas ni ada 4 cikgu kot...ramai giler..tp dia divide 2 groups...so 1 group 2 cikgu la...





main colour2...
main cikgu2 kot..
main colouring..
main bulding..
main masak2..
each students kena update feeling dorg every morning...ade pelekat smiley kt situ..tampal je..comel kan?
ade yg letak cross,happy,sad,etc

pastu selepas an hour camtu cikgu dia panggil dalam one small group buat calculation maths..semua kena duduk dalam bulatan...cikgu dia bg card yang ada tulis nombor atas tu,
pastu dorg kena susun sweets tu...cm sweet sugus tu..1 box tu ada 10..so dorg kena la kira..gilir2..setiap org dpt nombor lain2 la..pas abis semua orang buat,dorang mkn la sweet tu..semua excited..



ni drawing thomus and maya...pemikiran dorg sgt kritis..semua nk lukis..siap pikir nk lukis ape lagi...yg kelaka dia lukis post office.pastu siap ada org yg jaga dlm post office...smbil dia draw dia bgtau la...tp x nmpk rupa orang ngn post office pon la...every single thing dorg nk lukis...lights,traffic light,zebra crossing,etc...pastu sibuk dok cite kt aku...aku layan kan jela...



i like these 4 girls...they all really friendly...ebby,ruby,harrieth,oliver.
Ruby and harreth ni macam best friends la..seronok tgk dorg...bekepit je bedua...
masa aku borak2 ngn dorg,tiba2 heather came ang hug me..so sweet...tiba2 da rasa syg to all these girls...(kalau ikut syarat,i cant have physical comtacts with all of the students)
kalau ikutkan hati memang nk peluk je smua kids ni..dorg comel and baik sgt...tp x boleh la..kalau dorg yg touch kita x pela...



bilik ni nama dia secret room..tah ape la budak2 ni buat..
baca buku je pon dalam tu..konon2 mencari ketenangan la kot..



dekat one side ada food.buah ngn air je pon.at any time the kids boleh dtg mkn la..kot2 dorg penat and lapar kan..kt situa da carrot ngn limau...dorg makan carrot tu mcm rabbit je..hiks.

dorg boleh main kt luar jugak..

ni staff room..dorang minum je kt sini..kena buat sendiri..masa aku dtg sini,ckgu2 dia da nk abis minum da...aku br nk minum dorg da cepat2 keluar..bgs betol.semua rushing nk masuk kelas...x sempat dengar dorg gossip..haha.


ruby and harrieth...semangat suro aku amik gamba rumah dia...dia suroh aku lukis gamba rumah aku...pastu dia cakap "your house is funny"...cess punye budak..haha..


main cikgu2 lagi...

budak ni comel giler..

"play teacher" with emily...ingatkan kita je ade main cikgu2..tp dia pon ada...tp dia nye main cikgu2 xde la main sgt....sorang baca book,sorang dengar..then gilir2 la...


surprise2..i already got my first card on my first day..it is from sweet kristy...
"this is for u"....pastu dia lari...terharu i....pastu terpaksa cari dia balik sebab xtau nama dia lg masa tu..and x sempat say thanks...


teacher will read the book before the lunch time..(but they call it dinner..confuse lagi haku...padahal time tu pkl 12.30pm..)
as for all, ia had soooooooo much fun!
x menyesal langsung join walaupon sangat liat nk bgn early morning
and super busy.
at least i do have new theraphy here..