Saya percaya setiap orang punya rezeki masing. Dikala semua rakan2 seperjuangan saya yang sama2 menuntut di UK dulu, majoritinya mengajar di sekolah2 berprestasi tinggi, sekolah2 berasrama penuh dan sekolah2 kluster, saya ditempatkan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang terletak di negeri Perak.
Akan tetapi saya percaya pada qada dan qadar Allah. Allah tahu yang terbaik utk saya. Saya percaya Allah dah aturkan segalanya. walaupun saya ditempatkan di sekolah yang sangat kecil. Sekolah yang muridnya hanya 200. Sekolah yang asalnya pelajar sekolah pondok. Sekolah yang tidak begitu mementingkan pencapaian akademik, namun saya bersyukur kerana saya percaya Allah dah mengatur segalanya.
Jujurnya, tercalit juga sedikit perasaan cemburu pada rakan2 lain yang berada di dalam persekitaran profesional tinggi, sekolah saya serba kekurangan. Kebanyakan guru tidak mempunyai kelulusan seperti mana di sekolah2 lain. Pelajar2 di sekolah2 rakan kebanyakan pelajar2 terpilih. Tidak seperti di sekolah saya dimana pelajar2 masuk kesekolah itu atas paksaan ibu bapa. Namun saya percaya ada hikmahnya. Mungkin mereka memerlukan saya untuk sama2 membantu anak2 melayu di sekolah itu yang mahukan pencapaian akademik seiring dengan pencapaian agama. Saya percaya saya perlu membuat perubahan bersama mereka. Pelabagai strategi perlu disusun. Saya berazam tahun hadapan untuk membuat beberapa perubahan.
Alhamdulillah saya mendahului rakan2 lain dalam menyambung pelajaran dalam bidang sarjana. ini kerana sekolah saya tidak begitu tegas dalam melepaskan saya pergi ke kelas sarjana saya. Saya percaya ini adalah satu hikmah saya berada di sekolah ini.
Mungkin berada di persekitaran sekolah agama membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. InsyaAllah.
Moral of the story is kita mesti percaya dengan percaya dengan percaturan yang Allah dah aturkan. Redha dan terus berusaha InsyaAllah.