Assalamualaikum and hello semua!
Hampir setahun saya menjalani kursus KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah). Rasanya bermula 1Ramadhan tahun lepas. dan sekarang dah 2bulan saya tamat KPLI. untuk pengetahuan semua sekarang saya sedang berehat2 ( takla rehat sangat) dirumah sementara menunggu saya ditempatkan. selepas tamat peperiksaan akhir KPLI haritu saya telah menjalani beberapa proses nk mula kerja. contohnya dah pergi interview SPP. (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) dan dah pergi kursus induksi. Alhamdulillah interview dah lulus. Induksi insyaAllah lulus jgk kot.
sekarang rakan2 semua dok bising2 KPM lambat menguruskan penempatan kami. Tapi sayaa relax je sebab berharap semuanya bermula lepas raya. saya faham rakan2 mungkin ramai yg resah gelisah sebab x ada sumber pendapatan. Tapi bagi saya, saya nak gunakan masa ini sebaiknya bersama mama abah dan adik2. lepas ni dah start kerja x taulah lagi bila nk spend masa lama2 kan. pastu kerja mungkin dah bekeluarga sendiri. lagilah rasa ralat. sebab the best moment mestilah bersama keluarga. kemudian barulah rakan dan yang lain2. Nervous jugak menunggu negeri mana akan ditempatkan. doakan yang terbaik sudah. Allah bijak mengaturkan kita. Kita hanya merancang. tak gitu.