Saturday, 3 December 2011

cikgu Maisarah

Alhamdulillah.

Saya da mulakan fasa baru dalam hidup iaitu sudah mempunyai kerjaya sendiri. Kerjaya yang tak pernah saya bayangkan 10 tahun lalu. Akan tetapi saya percaya kuasa Allah. Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Dulu mungkin mama dan abah mahu saya menjadi doktor. Saya hanya redha dan mengikut sahaja. Akan tetapi selepas peperiksaan SPM haluan saya tidak dituju ke arah itu. Allah memudahkan saya menuju ke arah bidang pendidikan. Rezeki Allah saya berjaya belajar di UK selama 3 thn. Pulang menjalani kursus perguruan setahun. Dan sekarang saya dah bergelar guru pun.

Alhamdulillah. I love my job. Saya tak menyesal berada dalam bidang ini. Saya bersyukur kerana saya dikira 'lucky' kerana bekerja dalam bidang yang saya enjoy. Ramai lagi orang di luar sana terpaksa berhadapan dengan kerjaya yang mereka tidak suka. Tapi demi mencari sesuap rezeki mereka teruskan. Walaupun baru sebulan lebih dalam bidang perguruan saya suka. Walaupun ada yang memandang rendah terhadap profesion perguruan.

syukur syukur syukur

saya dah bergelar cikgu Maisarah. InsyaAllah akan saya cuba sedaya upaya mencurahkan bakti berkongsi segalan yang ada kerana Allah. Semoga saya mendapat rezeki yang halal dan diberkati. Walaupun gaji guru tidaklah besar mana tapi saya berdoa rezeki saya diberkati dan cukup untuk saya hidup insyaAllah.


No comments: